Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Remaja Dirogol Beramai-Ramai, Ditembak Dan Dibuang Dalam Telaga


UTTAR PRADESH, INDIA: Seorang remaja perempuan berumur 15 tahun melalui detik yang sungguh tragis apabila dia telah diculik dan dirogol beramai-ramai sebelum ditembak dan dibuang ke dalam sebuah telaga sebalam 30 kaki.

Bagaimanapun Poonam telah berjaya diselamatkan dan akan membawa penyerangnya ke muka pengadilan.

Dia dikatakan telah diculik ketika dalam perjalanan untuk membeli kad prabayar pada November 22, dan dibawa ke sebuah rumah ladang terpencil yang terletak di perkampungan Salempur Gurjar.

Tiga orang suspek terlibat dikatakan telah mengurung Poonam selama dua minggu dan merogolnya setiap kali mereka membawa makanan kepadanya.

Selepas dua minggu dikurung, suspek berjanji akan membebaskannya dan mereka membawanya menaiki kereta, semasa suspek berhenti untuk meinum air, beliau telah cuba melarikan diri menyebabkan dia telah ditembak dua kali di dada.

Suspek yang menyangka gadis berkenaan telah mati telah bertindak membuang 'mayat' gadis berkenaan ke dalam sebuah telaga kering di perkampungan Tughalpur.

Seorang penduduk kampung berkenaan, Babbal Bhati menyelamatkan gadis berkenaan selepas terdengar jeritan meminta tolong.


Menurut cerita Bahti, dia menjumpai gadis berkenaan selepas mengikuti suara jeritannya di dalam telaga dan terlihat Poonam dalam keadaan berdarah sambil menangis ketika dia menyelamatkan mangsa menggunakan tali.

Dia dibawa ke sebuah hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Menurut polis Greater Noida, Laxmi Chauhan,  mangsa menceritakan kejadian sebenar selepas tersedar dari koma dan ketiga-tiga suspek berjaya ditahan pihak polis.

"Mangsa ditembak dari jarak dekat namun peluru berkenaan bagaimanapun tidak terkena organ pentingnya,' katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli