Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rakam Aksi Bogel Untuk Ugut Dua Anak Saudara Lakukan Seks

No Comment

KOTA BHARU - Seorang lelaki, 42, yang bekerja sebagai pemandu jentolak tergamak merakam aksi bogel dua anak saudaranya yang sedang mandi dan memakai pakaian sebelum memaksa kedua-dua beradik itu mengadakan hubungan seks dengannya.

Kejadian tersebut berlaku beberapa kali kepada remaja perempuan yang masing-masing berusia 15 dan 16 tahun di rumah nenek mereka di Kampung Banggol Pak Esah, Pasir Puteh, antara bulan Ogos dan November lalu.

Pada kejadian yang berlaku sekitar jam 7 pagi pada Ogos lalu, pengadu yang berusia 16 tahun berkata dia didatangi oleh bapa saudaranya itu di dalam biliknya yang memaksa dia melakukan hubungan seks. Sekiranya mangsa enggan, suspek mengugut untuk menyebarkan gambar bogel mangsa.

Mangsa yang ketakutan terpaksa mengikut kehendak suspek dan kejadian berulang dua kali pada November.

Modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan masuk ke dalam bilik mangsa ketika semua penghuni rumah sedang tidur.

Kejadian yang sama turut berlaku kepada adik perempuan mangsa yang dirogol tiga kali dalam kejadian pada Ogos, September dan Oktober oleh suspek.

Difahamkan, sebelum suspek melakukan jenayah rogol, mangsa kerap diganggu secara seksual oleh suspek yang bertindak meraba payudara mereka.

Dua beradik itu tinggal bersama datuk dan nenek mereka sejak kematian bapa pada Julai lalu akibat kencing manis, manakala ibu mereka bekerja kilang dan tinggal di Pulau Pinang. Selain itu rumah tersebut juga dihuni oleh suspek, isteri dan anak mereka.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenda Abdul Rozak Muhamad berkata suspek telah ditahan penduduk kampung pada jam 1 pagi semalam sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

Menurut beliau juga, suspek telah melarikan diri setelah kedua beradik itu membuat laporan polis. Suspek berjaya ditahan hasil bantuan orang awam.

Sebelum ini, suspek yang dikehendaki itu sukar dikesan kerana kerap bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi lain bagi mengelak daripada dicekup pihak berkuasa.

Suspek kini dikenakan perintah tahanan reman selama seminggu hingga 20 Disember depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya memetik laporan Sinar Online. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli