Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rajinikath Datang Malaysia Lagi Tahun Depan, Bayaran Masyuk RM35 Juta






Hero popular filem Tamil, Rajinikath akan kembali mencetuskan kegilaan di negara ini apabila akan turun menjalani penggambaran di Malaysia pada awal tahun hadapan.

Rajinikath, akan berlakon dalam filem 'Kabali' yang membayarnya sebanyak RM35 juta dan akan menetap di Malaysia selama 50 hari.

"Dia akan menetap di sini selama 50 hari sehingga 15 Februari," demikian menurut Pengarah Urusan Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer.

“Sebaik mendengar Kabali akan menjalani penggambaran di Singapura, saya segera ke India bertemu (pengarah filem) Ranjith dan bercerita mengenai lokasi menarik di Malaysia terutama Melaka dan KLCC.

“Pada Jun lalu, mereka datang ke Malaysia untuk meninjau lokasi sesuai. Mereka kagum dengan keindahan negara ini dan bersetuju menjalankan penggambaran di sini," katanya memetik laporan Harian Metro.

Rajinikath sebelum ini mencetuskan 'demam' di kalangan peminatnya tersendiri apabila datang ke negara ini untuk menjalani penggambaran pada 27 Oktober hingga 21 November lalu. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli