Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pulau Pinang Haramkan Aktiviti Hisap Vape Dan Shisha





GEORGETOWN: Selepas Kedah mengeluarkan fatwa pengharaman rokok elektronik atau vape dan shisha, Pulau Pinang pada hari ini tampil dengan keputusan mengharamkan penggunaannya.

Ia diumumkan oleh Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor sebagaimana keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang dan dipersetujui Panel Pakar Syariah.



“Kita haramkan vape mengikut pandangan ajaran Islam, di samping ia juga dibimbangi boleh menjejaskan tahap kesihatan individu yang menghisap dengan menggunakan peranti tersebut.

“Pengharaman ini juga dibuat kerana ia menyebabkan berlaku banyak kemudaratan dan pembaziran kepada masyarakat Islam sendiri,” katanya.

Awal bulan ini, Johor mengeluarkan pengharaman penjualan vape secara rasmi bermula 1 Januari depan. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli