Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Puisi Tambat Hati Lelaki Berusia 84 Tahun Untuk Mengahwini Isterinya Yang Berusia 24 Tahun





Selain senyuman dan rupa paras, seseorang itu juga boleh jatuh cinta kerana keindahan bahasa dan kata-kata yang disusun di dalam puisi atau sajak.

Dan itulah yang terjadi terhadap pelakon terkenal Rusia, Ivan Krasko, 84 yang mengakui terpikat dengan isterinya, Natalia Shevel kerana sering menulis puisi yang mempunyai makna yang tersendiri.

Lebih mengagumkan, meskipun jarak usia pasangan itu adalah 60 tahun, ia tidak menghalang perasaan cinta itu mekar di antara mereka berdua.

Natalia, 24 merupakan pelajarnya di akademi seni di Institut Pendidikan Liberal St Pettersburg.

Ivan pernah berkahwin sebanyak tiga kali sebelum ini dan mengakui dengan puisi-puisi indah daripada isterinya menjadikan hidupnya bersinar kembali.

“Puisinya itu membuatkan saya berasa kembali menjadi lelaki yang saya sangka sudah lama hilang. Kehidupan saya seperti bermula kembali dan apa yang hilang, ditemui semula." - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli