Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Proton Iriz 2016 Akan Beralih Kepada Transmisi CVT Jatco?


Bagi peminat Proton, ini ada berita gembira untuk anda. Menurut sumber dari funtasticko.net Proton Iriz 2016 dikhabarkan akan beralih kepada sistem transmisi CVT dari Jatco bagi menggantikan unit CVT dari Punch Powertrain yang diguna pakai sekarang.

Jika benar, nampaknya Proton memang mendengar masalah pengguna.

Transmisi CVT Punch Powertrain yang diguna pakai di Proton Iriz sedia ada dikatakan mengeluar bunyi yang agak bising selain kurang lancar dan kurang cekap dalam penggunaan bahan api.

Selain dari itu, Iriz 2016 juga dikhabarkan akan dipertingkatkan dengan ciri seperti pendingin hawa automatik, sensor parking hadapan dan bantuan blind spot.

Proton Iriz versi 1.3 Turbo dengan transmisi manual enam-kelajuan dari Getrag juga akan diperkenalkan pada tahun hadapan.

funtasticko.net juga melaporkan enjin 1.3 Turbo dengan VVT itu mampu menjana 140 hp pada 5,750 rpm dengan 190 Nm tork menjadikan ia Iriz paling laju dan berkuasa.

Selain itu, model gantian Persona (Iriz sedan) juga dikatakan sedang giat dibangunkan. Model tersebut berkemungkinan besar mengguna transmisi CVT Jatco dan dijangka bakal dilancarkan pada suku kedua 2016. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli