Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pihak Hospital Mahu Saman, Nafi Dakwaan Pecat Naziah Kerana Faktor Pakaian

2 ulasan

KUALA LUMPUR - Tindakan saman akan diambil oleh Damai Services Hospital (Melawati) Sdn Bhd terhadap seorang bekas jururawanya, Naziah Sauni Samat dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam tempoh yang terdekat.

Tindakan saman itu akan dibuat berikutan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Naziah di Pejabat PPIM kelmarin.

Menurut Pengurus Kewangan dan Sumber Manusia Damai Services Hospital (Melawati) Sdn Bhd, Regina Sundram, pihaknya akan menyaman kerana perbuatan Naziah itu telah merosakkan imej hospital dan kakitangan mereka.

Sejak semalam (kelmarin), pihak hospital tidak berhenti menerima panggilan telefon bertanyakan hal berkenaan sehingga ada pihak yang mahu memboikot serta mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya.

Bahkan laman sosial Facebook hospital turut dihujani pelbagai dakwaan dan kata-kata yang tidak baik sehingga memaksa kami menapis setiap komen pengguna sebelum disiarkan,” katanya memetik laporan Sinar Online.

Regina juga berkata mereka kini sedang mengumpul dokumen termasuk laporan akhbar dan kkomen pengguna di media sosial untuk tujuan tersebut.

Kita juga sedang mengumpul segala dokumen termasuk laporan akhbar dan komen pengguna laman sosial yang menjurus kepada merosakkan dan menjatuhkan imej hospital dan kakitangan kami,” katanya.

Jelas Regina, hospital itu telah beroperasi sejak 1989 dan kini mempunyai 120 kakitangan yang mana 41 darinya beragama Islam.

Regina juga menafikan dakwaan yang mengatakan pihak hospital memecat Naziah kerana faktor pakaian malah menurut Regina pihak hospital tidak pernah mengeluarkan surat rasmi mengenai pemecatannya.

Pihak hospital tidak pernah mengeluarkan sebarang surat rasmi berkaitan pemecatannya. Sebaliknya beliau diberi surat yang mana kami memberi tempoh untuknya mematuhi peraturan hospital.

Naziah bagaimanapun tidak hadir bertugas selama lima hari sejak 25 November tanpa sebarang penjelasan dan kami dianggap beliau berhenti secara sukarela,” katanya.

Tambah Regina, pihak hospital turut memberi ruang kepada Naziah untuk berfikir sama ada meneruskan kerja tau berhenti sendiri.

"Naziah bagaimanapun hadir bertugas pada 30 November dengan memakai stoking lengan. Ia masih melanggari peraturan pemakaian hospital.

Teguran dibuat, tetapi Naziah tidak mematuhinya sehingga tamat waktu bertugas. Kalau benar kami berhentikan Naziah, gajinya masih dibayar mengikut jadual,” katanya.

Mengulas tentang isu larangan memakai baju lengan panjang dan tudung, Regina mengakui peraturan itu memang benar.

Peraturan ini telah diguna pakai sejak hospital beroperasi. Jururawat tidak dibenarkan memakai lengan panjang kerana dikhuatiri akan menyebabkan jangkitan kuman ketika mengurus pesakit.

Ia juga atas faktor keselamatan dan demi memudahkan tugas jururawat. Jadi tidak perlulah jururawat  menyingsing lengan baju sehingga mengganggu tugas yang memerlukan tindakan segera dan pantas,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 2 ulasan )
  1. Saman saja lah. Tak semestinya boleh menang.

    BalasPadam
  2. mengaku pun memang peraturan hospital tidak membenarkan pemakaian lengan panjang dan tudung. diskriminasi betul!!
    mohon org Islam boikot je.

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli