Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Periksa Kontrak Dulu Sebelum Ikut Nasihat '2 Kerja', kata Pengarah MEF


KUALA LUMPUR: Sebelum anda mengambil nasihat dari Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan untuk membuat dua kerja, adalah lebih baik anda memeriksa kontrak kerja anda.

Membuat satu kerja tambahan mungkin boleh membuatkan anda kehilangan kerja, kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan.

"Di dalam konteks sektor swasta, semua pekerja tidak dibenarkan bekerja dengan lebih dari satu majikan", kata Shamsuddin.

"Jika anda membuatnya secara diam-diam, dan diketahui(oleh majikan), tindakan disiplin akan diambil. Dan ini biasanya melibatkan pekerjaan anda ditamatkan", katanya lagi.

Beliau turut menambah perkara ini mungkin juga akan berlaku walaupun kerja kedua itu tidak mempunyai konflik secara langsung dengan kerja pertama.

"Sudah tentu pekerja ini tidak boleh fokus dengan kerja pertamanya.

"Produktiviti akan menurun", kata Shamsuddin sebagaimana lapor NST.

Tambahnya lagi terdapat banyak contoh perkara ini terjadi sebelum ini.

"Salah satu contoh adalah seorang pengurus yang menjual kereta (sebagai kerja kedua).

"Namanya tersenarai sebagai seorang pengurus kanan sebuah syarikat menjual alat tulis

"Ia (kerja kedua) tidak mempunyai kaitan dengan kerja pertamanya, tapi tindakan telah diambil dan dia hilang kerjanya.", kata Shamsuddin.

Namun Shamsuddin turut berkata perkara ini dibolehkan sekiranya pekerja itu mendapat keizinan dari majikannya.

Shamsuddin berkata nasihat dari Ahmad Maslan tidak praktikal dan boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan.

"Dibawah undang-undang buruh, pekerja tidak dibenarkan bekerja lebih dari 12 jam termasuklah bekerja lebih masa

"Jika dia bekerja di dua tempat, sudah tentu dia bekerja 16 jam minimum, termasuk kerja lebih masa", kata Shamsuddin. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli