Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Perdana Menteri Pandang Serius Isu Pembatalan Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di KL


Kuala Lumpur, 2 Dis - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memandang serius pembatalan Kejohanan Skuasy Wanita Dunia yang dijadualkan berlangsung pada bulan ini di Kuala Lumpur atas sebab keselamatan.

Menerusi twitter rasmi miliknya, Najib berkata Malaysia sebelum ini telah menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara yang semua berjalan dengan lancar.

"Saya memandang serius berita Kejohanan Skuasy Wanita Dunia yg dijadualkan pada bulan ini di KL mungkin tidak diteruskan atas sebab keselamatan

"Malaysia telah menjadi tuan rumah bagi pelbagai acara tiap tahun, termasuk persidangan ASEAN baru-baru ini yangg Alhamdulillah berjalan lancar

Selain itu, beliau juga turut mengarahkan Kementerian Belia & Sukan Malaysia dan PDRM agar menghubungi penganjur untuk mengatasi isu tersebut.

"@KBSMalaysia & @PDRMsia, hubungi penganjur utk fahami & atasi isu. Keselamatan rkyt & tetamu, kestabilan dlm negara sentiasa diutamakan. ", tulis beliau. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli