Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pemenang Utama Akan Bawa Balik Kereta, Turut Sedia Hadiah Saguhati


Putrajaya, 3 Dis: Hadiah utama bagi pemenang dalam Pertandingan Menamakan Anak Giant Panda, yang berlangsung sejak 17 November lalu akan membawa pulang sebuah kereta Perodua Myvi.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hadiah saguhati turut disediakan yang berupa motosikal Demak Rino dan Demak DJ 90.

Beliau berkata keseluruhan hadiah berjumlah RM 60,000 disediakan kepada pemenang.

"Sehingga hari ini, 960 penyertaan diterima Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bersempana dengan kelahiran giant panda di Zoo Negara pada 18 Ogos lalu.

"Jumlah penyertaan ini menunjukkan ramai rakyat Malaysia berminat menyertai pertandingan ini di samping menjayakan aspirasi kerajaan dalam melestarikan pengurusan biodiversiti di negara ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini sebagaimana memetik laporan myMetro.

Anak panda tersebut adalah hasil dari dua ekor panda yang dipinjamkan oleh China kepada Malaysia. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli