Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pembuat Bom Abu Sayyaf Warga Malaysia Terbunuh Dalam Pertempuran Dengan Tentera Filipina



KUCHING: Seorang warga Malaysia didakwa antara 13 lelaki bersenjata daripada kumpulan Abu Sayyaf yang terbunuh dalam satu kejadian berbalas serangan dengan tentera Filipina di Pulau Basilan.

Lelaki itu, Mohd Najib Hussein, 38 merupakan seorang pemilik kedai fotostat dan buku di Universiti Malaya, Petaling Jaya dan menjadi pembuat bom untuk kumpulan itu.

Juga dikenali sebagai Abu Anas, suspek merupakan individu utama yang juga bersama seorang lagi tenaga pengajar universiti berkenaan iaitu Profesor Dr Mahmud Ahmad atau dikenali sebagai Abu Handzalah yang mana kedua-duanya bersembunyi dengan Abu Sayyaf di selatan Filipinan.

Bagaimanapun belum ada sebarang laporan rasmi berkenaan penemuan mayat mereka.

Kedua-dua mereka sebelum ini bersama beberapa lagi suspek pengganas IS lari sejak Julai tahun lalu.

Akhbar tempatan Filipina juga melaporkan seramai 13 ahli kumpulan Abu Sayyaf dan dua tentera terbunuh dalam kejadian berkenaan pada 5 petang, semalam. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli