Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar Nigeria Terjatuh Dari Tingkat 12 Apartmen di Cyberjaya

No Comment


CYBERJAYA - Seorang pelajar lelaki warga Nigeria cedera parah apabila terjatuh dari tingkat 12, Apartment Neocyber di Lingkaran Cyberpoint Barat.

Pelajar terbabit, Mohammad Abdul Karim Garna, 30, dikatakan cuba memasuki rumah rakannya yang terletak bersebelahan dengan rumahnya dengan memanjat bahagian koridor dalam kejadian kira-kira 1.30 tengahhari itu.

Menurut Batai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya Izaman Adnan, mangsa yang juga pelajar institusi pengajian tinggi swasta terlebih dahulu mengetuk pintu rumah rakannya namun tidak disedari rakannya yang sedang tidur.

"Lelaki tersebut kemudian cuba memasuki rumah rakannya dengan mengikut jalan menerusi koridor apartmennya dengan cara melompat.

"Namun dia terjatuh dari tingkat tersebut hingga ke tingkat lima," katanya.

Izman juga menambah pelajar berkenaan didapati terbaring di atas lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Mangsa didapati cedera parah dengan bahagian pinggang dan kedua-dua kakinya patah,", tambah beliau.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Putrajaya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli