Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

#PAU2015 : Perwakilan Tegur 'kain tak jahit' Pramugari MAS



Perhimpunan Agung Umno (PAU) hari ini turut menjadi tempat luahan perwakilan Pulau Pinang, Datuk Ahmad Darus yang menyuarakan pandangannya berkenaan isu pakaian petugas-petugas perempuan dalam penerbangan MAS.

(Pekerja) lelaki pakai dalam bentuk yang lebih sopan.

Tetapi perempuannya kita biarkan pakai kain tak jahit,” kata wakil Pulau Pinang Datuk Ahmad Darus memetik laporan MalaysiaKini.

Ahmad berkata jika pihak yang berkenaan memperjuangkan Islam, mereka harus menyediakan pakaian yang lebih sopan kepada petugas MAS.

Kalau kita melihat ini (Islam) sebagai perjuangan kita, kita (pihak berkenaan perlu) sediakan bukan orang lain sediakan.

Bukan kita beri kebebasan kepada mereka untuk pakai ikut suka tetapi kita sediakan pattern yang sama,” katanya.

Selain dari itu, Ahmad turut mempersoalkan pemakaian pakaian sukan atlit wanita negara.

Beliau mengambil contoh pemakaian dalam sukan bola tampar dimana pemakaian atlet lelaki dilihat lebih sopan dimana memakai seluar pendek sedangkan perempuan pula berpakaian seperti seluar dalam.

Ini cara orang putih, cara Yahudi. Tengoklah sukan lain, sama juga.

Sukan tenis pun sama, lelaki pakai sopan sikit, kadangkala seluar sampai ke lutut, tapi perempuan pakai apa?

Apakah kita nak samakan penerbangan MAS dengan apa yang dibawa Yahudi ini?” katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli