Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Parlimen Lulus Usul Rujuk Pertemuan Nurul Izzah Dan Jacel Kiram Ke Jawatankuasa





KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk merujuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen, menerusi undi belah bahagi yang diadakan pagi tadi.

Ia berikutan pertemuan antara Nurul Izzah dan anak perempuan kepada bekas Sultan Sulu, Jacel H. Kiram pada awal bulan lalu.

Undi belah bahagi itu menyaksikan seramai 105 anggota Dewan Rakyat bersetuju, manakala 77 lagi tidak bersetuju.

Nurul Izzah ketika perbahasannya memaklumkan Jacel adalah tetamu yang hadir dalam program yang beliau sertai dan gambar-gambar yang tersebar itu adalah sebagai sokongan terhadap program yang dianjurkan.

“Saya tidak pernah mohon bertemu dengan dia mahu pun merancang jumpa dia. Saya kesal dan mohon maaf terutama kepada semua keluarga tragedi Lahad Datu dan rakyat Malaysia yang terkesan dengan gambar itu,” katanya.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Nurul Izzah boleh menggunakan platform jawatankuasa tersebut untuk memberi penerangan terperinci tentang pertemuan berkenaan.

Malah Nurul Izzah juga dibenarkan untuk membawa Jacel ketika sesi pendengaran jawatankuasa itu kelak. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli