Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Norway Dipilih Sebagai Negara Terbaik Untuk Didiami 12 Tahun Berturut-Turut


Berdasarkan laporan Pembagunan Manusia yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun ini, Norway sekali lagi dipilih sebagai negara terbaik untuk didiami, buat tahun ke-12 berturut-turut.

Pemilihan Norway sebagai negara yang paling baik untuk didiami ini adalah catatkan skor tertinggi 0.944 dalam aspek jangka hayat, pendidikan, taraf hidup, dan beberapa aspek lain. Setiap negara diberi skor purata dari 0 hingga 1 dalam penilaian tersebut.

Jangka hayat sewaktu kelahiran di Norway ialah 81.6 tahun manakala keluaran dalam negara kasar per kapita ialah $64,992 (RM281,867).

10 negara terbaik untuk didiami menurut laporan tersebut ialah:

1. Norway - 0.944
2. Australia - 0.935
3. Switzerland - 0.930
4. Denmark - 0.923
5. Belanda - 0.922
6. Jerman - 0.916
6. Ireland - 0.916
8. Amerika Syarikat - 0.915
9. Kanada - 0.913
10. New Zealand - 0.913
62.Malaysia

Manakala negara yang menduduki tangga tercorot untuk didiami ialah Burkina Faso, Burundi, dan Niger.

Kejayaan Norway disumbang beberapa faktor seperti ekonomi bertunjangkan petroleum, sistem penjagaan kesihatan yang kukuh, dan struktur kerajaan yang stabil. Keindahan semulajadi Norway juga turut menjana sektor pelancongan yang menguntungkan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli