Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Normah Damanhuri Perjelas Isu Buka Tudung Sebab Cari Rezeki





Selepas muncul dengan gaya tidak bertudung dalam drama Tuan Anas Mikael di Astro Ria, ada pihak yang merasa tidak selesa dengan penampilan Normah Damanhuri.

Memetik mStar, pelakon itu memberitahu akan berlakon tanpa mengenakan tudung jika diminta untuk berbuat demikian oleh pengarah, bergantung kepada kesesuaian watak yang dibawanya.

"Sebenarnya saya sudah mula bertudung selepas pulang dari umrah pada tahun 2011. Tetapi saya mencari rezeki dan kalau diperlukan tidak bertudung, saya tidak boleh tolak," katanya.

Ujarnya, tindakan buka tudung untuk berlakon juga adalah kerelaannya sendiri.

"Mungkin ada yang kurang senang dengan kenyataan ini. Tetapi saya akan cuba memperbaiki diri menjadi seorang Muslimah yang lebih baik," ujarnya lagi.

Di dalam drama berkenaan, Normah adakalanya dilihat mengenakan tudung dan hanya memakai selendang menutup kepalanya. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli