Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Najib : Lebih 90 Peratus Perkara Dalam Aku Janji BN Telah Ditunaikan



KUALA LUMPUR : Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak berkata lebih 90 peratus perkara dalam aku janji Barisan Nasional (BN) yang dibuat ketika Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) telah berjaya dikota dan tunaikan.

Tambah beliau, bukti kejayaan itu boleh dilhat di ruangan pameran di aras dua Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), lokasi khas pameran bersempena PAU 2015.

"Namun apa pun, kita perakui, masih terdapat dua atau tiga perkara yang besar dan subjektif, seperti perumahan rakyat dan kos sara hidup, yang saya dan rakan kepimpinan negara faham bahawa isu ini adalah besar dan menjadi keresahan utama rakyat.

"Pokoknya, kita akan terus berusaha, bagi meringankan beban rakyat dengan pelbagai bantuan seperti BR1M; Klinik Rakyat 1Malaysia; Kedai Rakyat 1Malaysia dan projek Perumahan Mampu Milik serta kenaikan gaji minimum dan juga kenaikan gaji tahunan untuk penjawat awam," kata Najib ketika menyampaikan ucapan Dasar Presiden UMNO PAU 2015.

Selain itu, Najib juga mahu supaya UMNO tidak hilang fokus bagi memastikan kesemua aku janji itu terus ditunaikan - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli