Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Najib, Hadi Bertemu Mesra Di Program Akademik, Bincang Perpaduan Ummah




KUALA LUMPUR: Demi perpaduan masyarakat Islam, dua pemimpin utama parti politik ini berkongsi pentas yang sama menerusi program Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, hari ini.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang duduk bersebelahan sambil berbual mesra, di samping kedua-duanya dilihat memakai baju Melayu yang sedondon warnanya.

Najib ketika menyampaikan ucapannya berkata kesatuan umat Islam merentasi pertimbangan bangsa, organisasi politik atau perbezaan sesama puak, demikian yang dilaporkan Antarapos.

Sebelum ini, Umno ketika Persidangan Agungnya pada minggu lalu menghulurkan salam silaturrahim kepada PAS dalam usaha memperkukuhkan lagi kesatuan umat Islam dan Melayu yang menjadi asas kedua parti berkenaan. -Siakapkeli.my 
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli