Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nahas Chiang Mai : Wisma Putra Sahkan 13 Rakyat Malaysia Terkorban


KUALA LUMPUR: Seramai 13 rakyat Malaysia disahkan terkorban di dalam nahas bas di Chiang Mai, utara Thailand pada Ahad.

Bernama melaporkan, Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussin berkata, seramai 22 rakyat Malaysia berada di dalam bas tersebut dalam kejadian pada jam 11.30 pagi waktu tempatan (12.30 tengahhari waktu Malaysia) itu.

"Pihak kedutaan sedang menunggu pengesahan mengenai pengecaman mayat rakyat Malaysia terbabit sebelum menghubungi waris mangsa di Malaysia.

"Berdasarkan sumber yang saya peroleh, rakyat Malaysia terbabit difahamkan berasal dari Johor," katanya.

Menurut laporan dari media antarabangsa, Xinhua, bas tersebut terbabas ketika dalam perjalanan dari wilayah Chiang Rai ke wilayang Chiang Mai selepas ia berlanggar dengan sebuah kenderaan pikap. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli