Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nahas Chiang Mai : Ahli Keluarga Mangsa Berlepas Hari ini



BATU PAHAT, 21 Dis - Lima belas anggota keluarga mangsa dalam kemalangan bas di Chiang Mai, utara Thailand semalam akan berlepas ke Bangkok pada tengah hari ini.

Menurut Pengurus Besar Chiu Travel Sdn Bhd, Terence Yung, kesemua mereka akan berlepas menggunakan Thai Airways ke Bangkok menerusi KLIA pada 1 tengahhari ini dan menaiki pesawat ke Chiang Mai pada jam 5 petang.

"Kesemua mereka terdiri daripada tujuh keluarga yang akan mengenal pasti anggota keluarga mereka yang terkorban dan terselamat dalam insiden kemalangan yang berlaku tengah hari semalam.

"Tiga kakitangan syarikat turut menemani mereka bagi menguruskan pengeluaran sijil kematian dan proses membawa pulang mayat mangsa," katanya sebagaimana memetik laporan Bernama. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli