Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nahas Chiang Mai : Agensi Pelancongan Sahkan Mangsa Yang Terlibat dari Batu Pahat, PM Luah Rasa Sedih


Johor Bharu, 20 Dis - Pengurus Besar Chiu Travel Sdn Bhd, Terence Yung hari ini mengesahkan kesemua 22 rakyat malaysia yang terlibat di dalam nahas sebuah bas di Chiang Mai berasal dari Batu Pahat, Johor.

Wisma Putra mengesahkan seramai 13 maut di dalam kejadian tersebut.

Baca : Nahas Chiang Mai, Wisma Putra Sahkan 13 Maut

"Kami menerima berita sedih yang menyatakan bahawa kenderaan yang digunakan oleh kumpulan pelancongan Chiang Mai kami yang berlepas pada 17 Disember terlibat di dalam kemalangan terbabit.", kata Yung sebagaimana memetik laporan Bernama.

Kesemua yang cedera telah dihantar ke lima buah hospital di Chiang Mai, katanya lagi.

"Pada ketika ini, kami cuba mendapatkan senarai yang cedera dari wakil kami di Thailand. Kami akan mengemaskini dengan kerap kepada keluarga mangsa dan akan memberi bantuan sepenuhnya.", kata Yung.

Beliau turut berkata syarikatnya akan mengatur ahli keluarga mangsa ke Thailand.

Sebarang pertanyaan, ahli keluarga mangsa boleh menghubungi wakil dari syarikat tersebut, Terence Yung (019-7582311), Melissa Yung (016-2323193) atau pejabat (07-4335599/4335588/4315797)

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, turut meluahkan rasa sedihnya susulan nahas tersebut.

"Saya sedih mendengar berita kemalangan di Chiang Mai di mana 13 rakyat kita terkorban. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.", katanya.

Menurut beliau juga, kerajaan akan memastikan segala usaha dibuat bagi membawa pulang jenazah.

"Kerajaan akan memastikan segala usaha dibuat bagi membawa pulang jenazah serta bantuan diberikan kepada keluarga mangsa warganegara Msia", kata beliau di laman Twitternya.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli