Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mohd Hasif Masih Trauma Dengan Tragedi Yang Menimpa Lima Ahli Keluarganya






KUALA TERENGGANU: Satu-satunya mangsa yang terselamat dalam tragedi lemas di kawasan air terjun di Hulu Terengganu masih trauma dan akan melarikan diri apabila orang ramai memperkatakannya.

Mohd Hasif Abdul Halim, sembilan tahun kini menjadi pendiam dan mengelak untuk bercakap dengan sesiapa.

Hal itu diceritakan oleh ibu saudaranya, Dr Siti Sabariah Samian sambil menambah kanak-kanak itu juga tidak mahu mendengar berita di televisyen tentang kejadian itu.

"Dia masih lagi ingat setiap detik yang berlaku. Dia melihat bagaimana seorang demi seorang ibu dan bapa serta adik-beradiknya dibawa arus deras, menyebabkan dia menjadi anak yatim piatu dalam sekelip mata," katanya memetik mStar.

Ujarnya lagi, Mohd Hasif dilihat menangis buat kali pertama selepas solat Subuh pada pagi Ahad dan menjamah makanan pada sebelah petangnya.

Sabtu lalu, lima sekeluarga maut dalam kejadian pusaran air di air terjun berkenaan.

Mangsa-mangsa adalah Abdul Halim Samian, 44, Nurul Adila @Salwati Awang, 39, Nurul Arifah, 16, Nurul Aina, 11, dan Nurul Izah, 10 yang berasal dari Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli