Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mesti Baca : Nasihat Kewangan Untuk Anakku

No Comment

Artikel ini dialih bahasa dari laman web fool.com. Makna ayatnya mungkin sedikit sebanyak diubah bagi menyesuaikan dengan konteks dan bahasa :

Nasihat Kewangan Untuk Anakku

Saya dan isteri baru sahaja mendapat seorang anak lelaki baru-baru. Ia adalah satu pengalaman yang terbaik boleh seseorang rasai.

Kini, apa yang dia tahu adalah memastikan kami berdua tidak tidur 24/7. Tapi satu hari nanti -- dalam tempoh masa yang masih jauh dari sekarang -- dia perlu belajar sesuatu tentang kewangan. Apabila tiba saat itu, ini nasihat dari saya.

1. Kamu mungkin fikir kamu mahukan kereta yang mahal, jam yang bergaya dan rumah yang besar. Tapi ini apa yang ayah ingin beritahu kamu. Jangan. Kamu mahu dihormati dan dikagumi oleh orang lain, dan kamu fikir dengan memiliki barangan mahal akan merealisasikannya. Ia biasanya tidak akan berlaku.

Apabila kamu melihat seseorang memandu kereta mahal, kamu mungkin tidak akan berfikir : "Wow, orang itu sangat cool". Tapi kamu akan berfikir : "Wow, kalaulah aku ada kereta tu orang lain akan fikir aku cool". Nampak ironinya? Tak ada siapa yang peduli tentang siapa di dalam kereta itu. Berseronoklah; belilah barang-barang yang mahal. Tapi sedarlah bahawa apa yang manusia kejar sebenarnya adalah respect, dan perasaan merendah diri adalah kunci kepada respect berbanding benda lain.

2. Ianya normal untuk menganggap kesemua kejayaan dan kegagalan kewangan adalah hasil titik peluh sendiri. Kebanyakannya benar, tapi bukan kesemuanya.

Manusia hidup menerusi pengalaman mereka berdasarkan apa yang telah mereka lalui dan orang-orang yang mereka temui, yang mana kebanyakannya adalah nasib dan secara tidak sengaja.

Sesetengah orang dilahirkan dari keluarga yang mementingkan pelajaran; sesetengah lagi tidak. Sesetengah manusia dilahirkan di dalam keluarga yang senang dan mementingkan semangat keusahawanan; namun ada juga yang dilahirkan di dalam perang dan kemiskinan. Ayah inginkan kamu berjaya, dan ayah ingin kamu mendapatkan kejayaan itu sendiri. Tapi kamu perlu sedar bahawa bukan semua kejayaan terhasil dari kerja keras, dan bukan semua kemiskinan lahir dari kemalasan.

Pastikan kamu mengingati perkara ini ketika menilai seseorang, termasuk diri kamu sendiri.


3. Ini mungkin sedikit kasar, tetapi ayah berharap kamu akan merasa hidup sebagai seorang miskin. Tapi sudah tentu dengan tenang dan gembira. Namun tidak ada cara lain untuk kamu tahu nilai duit tanpa merasai sendiri apa itu hidup dalam serba kekurangan. Ia akan mengajar kamu perbezaan antara keperluan dan keinginan. Ia akan mengajar kamu berjimat. Ia akan mengajar kamu bersyukur dengan apa yang kamu ada, baiki apa yang masih boleh diperbaiki, dan tawar menawar ketika membeli.

Ini adalah perkara-perkara asas untuk hidup. Belajar hidup miskin dengan bermaruah dan kamu akan sentiasa bersedia untuk menghadapi turun naik dalam hidup kamu dengan senang.


4. Jika kamu seperti kebanyakan, kamu akan menghabiskan masa dewasa kamu dengan berfikir : "Jika aku berjaya menyimpan/mendapat RMXX, semuanya akan OK". Tapi bila kamu berjaya mencapai RMXX, kamu akan menaikkan lagi target kamu dan meneruskan perkara yang sama. Ianya satu kitaran hidup yang teruk. Simpan duit kamu dan terus berusaha untuk mendapatkan lebih.

Tapi sedarlah bahawa kebolehan kamu untuk berhadapan dengan keadaan-keadaan baru lebih berkuasa dari apa yang kamu fikirkan, dan target kamu sepatutnya lebih daripada duit.


5. Jangan bekerja dengan kerja yang kamu tidak suka kerana kamu membuat keputusan untuk memilih karier pada umur 18 tahun (umur masih muda). Ayah kamu cuma mengangguk ketika kamu memilik subjek utama untuk menjadi asas kepada karier kamu sendiri ketika kamu baru memasuki kolej.

Kebanyakan orang tidak tahu apa yang mereka mahu lakukan pada usia itu. Banyak dari mereka tidak tahu apa yang mereka mahu lakukan sehinggalah mereka 30-an.


6. Ubah fikiran kamu apabila kamu memerlukan. Ayah perasan yang manusia suka berfikir mereka sudah menguasi ilmu pelaburan ketika mereka masih muda. Mereka mula melabur pada umur 18, dan berfikir mereka akan senang pada umur 19. Malangnya tidak. Keyakinan diri naik lebih pantas dari dari keupayaan diri, lebih-lebih lagi bagi orang-orang muda.

Belajar skil untuk mengubah pemikiran kamu, buang kepercayaan lama dan gantikannya dengan kebenaran baharu. Ianya susah, tapi ianya diperlukan. Jangan rasa teruk tentangnya.

Kebolehan untuk mengubah fikiran ketika membuat kesilapan adalah satu tanda kebijaksanaan.


7. Perkara terbaik yang boleh dibeli oleh duit adalah kawalan terhadap masa kamu. Ia akan memberi kamu pilihan dan membebaskan kamu dari bergantung kepada orang lain. Satu hari nanti, kamu akan sedar kebebasan ini adalah salah satu perkara yang akan membuat kamu benar-benar gembira.


8. Perkara yang boleh membawa penyesalan di dalam kewangan adalah hutang. Ianya sangat menakjubkan jika melihat berapa peratus masalah kewangan yang wujud disebabkan oleh hutang.

Hutang adalah satu bebanan kepada masa depan kamu, yang akan sentiasa kamu rindukan, supaya kamu dapat memiliki sesuatu pada hari ini sehinggalah kamu terbiasa dengannya.

Kamu mungkin akan berhutang, seperti contoh membeli rumah. Itu tidak mengapa. Tapi berhati-hati. Kebanyakan hutang sama seperti dadah. Satu cara yang cepat (dan mahal) untuk memuaskan nafsu yang semakin lama semakin membosankan.

Dan ia hanya akan membebankan kamu kamu di depan hari bertahun-tahun lamanya.


9. Berapa banyak yang kamu boleh simpan hanya dipengaruhi sedikit oleh berapa gaji yang kamu dapat. Tapi ianya banyak dipengaruhi oleh berapa banyak yang kamu belanja.

Ayah kenal seorang doktor gigi yang gajinya sangat tinggi, namun dia masih lagi diselubungi dengan masalah kewangan. Ayah juga kenal seseorang yang bergaji sedikit tapi boleh menyimpan wang yang banyak. Apa yang membezakan mereka adalah bagaimana mereka berbelanja.

Berapa banyak gaji kamu tidak menentukan berapa banyak yang kamu ada. Dan berapa banyak kamu ada tidak menentukan berapa banyak yang kamu perlukan.

10. Jangan dengar cakap ayah jika kamu tidak setuju dengan apa yang ayah tulis. Setiap orang berbeza-beza. Dunia yang akan kamu lalui nanti mungkin mempunyai nilai dan peluang yang berbeza dengan dunia yang ayah hidup. Lebih penting, kamu akan belajar dengan lebih cepat apabila kamu tidak bersetuju dengan seseorang dan terpaksa belajar dengan sendiri.

Sekarang, tolonglah benarkan ayah kamu tidur.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli