Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Maut Ditetak Ketika Cuba Pecah Masuk Premis


CHUKAI, 7 Dis: Tindakan seorang lelaki cuba memecah masuk sebuah kedai barangan lusuh membawa padah apabila dia ditetak oleh pemilik kedai tersebut di Kampung Labohan Kertih kira-kira jam 10 pagi tadi.

BH Online melaporkan lelaki berusia 36 tahun itu dan rakannya cuba memecah masuk ke premis tersebut sebelum disedari oleh pemilik kedai berkenaan.

Menurut jurcakap polis, kedua-dua suspek sedang mengumpil pintu premis sebelum dikejutkan dengan tuan premis tersebut dan berlaku pergelutan.

"Ketika bergelut, suspek yang berusia 36 tahun dan berasal dari Felda Kerteh 6, Bandar Ketengah Jaya, di sini, ditetak pemilik kedai di bahagian dada.

"Suspek kemudiannya melarikan diri dalam keadaan berlumuran darah sebelum rebah di atas pembahagi jalan kira-kira 50 meter dari kedai," katanya.

Jurucakap polis mengesahkan suspek meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya itu sempat melarikan diri. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli