Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mahu Tempoh Bertenang, Sazali Ahmad Belum Putuskan Untuk Buat Rayuan



KUALA LUMPUR: Selain tidak mahu diganggu, atlet bina badan negara, Sazali Ahmad juga sehingga kini belum memutuskan sama ada mahu membuat rayuan atau tidak berkenaan kegagalannya dalam ujian doping.

Sazali mempunyai tempoh masa selama tiga minggu bermula dari hari beliau dijatuhkan hukuman pada 21 Disember lalu hingga 10 Januari depan, sama ada untuk mengemukakan rayuan kepada Persatuan Bina Badan Malaysia (PBBM) atau sebaliknya.

"Saya masih fikirkan lagi," katanya.

Kegagalan Sazali dalam ujian doping tersebut mengejutkan ramai pihak setelah atlet berkenaan tidak pernah terkecuali dalam mana-mana ujian doping dan kebiasaannya diuji sekurang-kurangnya dua kali sebelum menyertai Kejohanan Asia dan kejohanan Dunia. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli