Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Kantoi Dengan Polis Semasa Cuba Sorok Mayat Budak Lelaki Dalam Tandas




KLANG: Cubaan seorang lelaki menyembunyikan mayat seorang kanak-kanak lelaki di dalam sebuah bilik air gagal apabila diserbu oleh pihak polis, malam tadi.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Lorong Halimah, Kampung Sungai Udang.

Kanak-kanak tersebut merupakan anak kepada teman wanitanya dan dipercayai meninggal dunia sejak Jumaat lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak, pihak polis menerima maklumat daripada jiran suspek yang mendakwa lelaki itu ingin membuang mayat seorang kanak-kanak dilanggar di Pandamaran.

Polis kemudiannya menemui mayat kanak-kanak lelaki yang dibungkus dalam bilik air.

“Hasil pemeriksaan pada badan mangsa menemui beberapa kesan luka di kepala dan seluruh badan, dipercayai dipukul.

“Polis turut menemui tuala putih yang mempunyai kesan darah, sebatang rotan, batang paip dan batang mop yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa,” katanya.

Ibu kepada kanak-kanak malang itu pula berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang kerana melahirkan anak dan mangsa dijaga suspek sejak tiga minggu lalu.

Sehingga kini polis telah menahan suspek dan adik iparnya selain 15 saksi yang berada di rumah itu untuk membantu siasatan.

Sementara itu saksi dan jiran memaklumkan suspek yang berusia 39 tahun itu panas baran dan kaki pukul. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli