Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Gemuk Yang Bersenam 'Tak Dijamin' Hidup Lebih Lama





Meskipun mengamalkan aktiviti senaman untuk sihat, ia masih belum mampu menjamin mana-mana lelaki gemuk untuk hidup dalam tempoh lebih panjang.

Sebaliknya dapatan daripada sebuah kajian yang dijalankan selama 29 tahun yang membabitkan 1.3 juta lelaki mendapati lelaki kurus meskipun tidak bersenam mampu mempunyai jangka hayat yang lebih lama.

Ia menyebut bahawa 30 peratus lelaki gemuk mati awal berbanding mereka yang kurus dan tidak bersenam.

"Risiko kematian awal lebih tinggi di kalangan mereka yang gemuk berbanding individu yang memiliki berat badan normal namun tidak cergas," demikian menurut Peter Nordstrom dari Universiti Umea.

Sebelum ini satu kajian mendapati risiko mati awal ditentukan melalui tahap kecergasan berbanding berat badan seseorang. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli