Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lebih 4,000 Kenderaan Disenarai Hitam JPJ Kerana Gagal Bayar Denda DBKL






KUALA LUMPUR: Tindakan keras diambil terhadap pemilik kenderaan di bandaraya ini yang gagal melunaskan kompaun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Lebih 4,000 kenderaan telah disenarai hitamkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari Oktober 2013 hingga Oktober ini, atas pebagai kesalahan.

Tindakan yang diambil ke atas kenderaan terlibat sebagai amaran agar kompaun DBKL tidak dipandang remeh.

“Lebih lima juta notis terkumpul dikeluarkan DBKL setakat tahun ini atas pelbagai kesalahan am termasuk lalu lintas, kesalahan meludah dan membuang sampah di tempat awam serta melintas tidak menggunakan jejantas.

“Pihak jabatan akan terus mempergiatkan kutipan bayaran kompaun notis kesalahan tertunggak bagi 2007 hingga 2013 yang setakat ini berjaya menyelesaikan hampir dua juta kes dengan kutipan kompaun berjumlah RM60 juta," demikian menurut Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL, Datuk Mohd Najib Mohd.

Langkah yang sama juga diumumkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada minggu lalu. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli