Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Larangan Hisap Vape Dikuatkuasan Tahun Depan - KKM






Larangan menghisap vape di kawasan larangan merokok di seluruh negara akan dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun depan.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, larangan terhadap menghisap vape adalah serupa dengan larangan menghisap rokok, dan hanya akan dikuatkuasakan selepas kementerian melakukan penambahbaikan ke atas Akta Makanan 1983 di bawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

"Jadi perkara sama juga bakal dilaksanakan kepada penghisap vape yang mana di bawah peraturan yang sama kita akan menambah perkataan 'wap' bagi mengawal vape di hisap di kawasan terbuka," ujarnya.

Sementara itu Kabinet pada semalam memutuskan penjualan dan menghisap vape tidak haram tetapi tetap mengambil langkah kawalan menerusi akta dan peraturan tertentu kerana melibatkan kesihatan. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli