Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

KJ Tercalon Dalam Anugerah Meletop Era 2016


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tercalon sebagai calon awal kategori Bintang Online Meletop pada Anugerah Meletop Era 2016.

Khairy atau KJ yang mempunyai lebih dari setuja pengikut di laman Twitter akan bersaing dengan beberapa selebriti terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, Zizan Razak, Nora Danish, Rozita Che Wan, Lisa Surihani, Fazura, Shahhezy Sam, Erra Fazira dan Neelofa.

Menurut Ketua Format dan Program Realiti Astro, Namanzee Haris, walaupun KJ bukan dalam kalangan artis, beliau mempunyai pengaruh yang besar di laman sosial.

Kita harus mengakui pengaruh Khairy di laman sosial cukup hebat.

"Beliau mempunyai ramai pengikut. Jadi itu antara alasan kukuh kenapa pihak kami mencalonkannya dalam kategori itu,” katanya

Undian fasa pertama bagi menyenarai pendek lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal dibuka untuk peminat bermula jam 8 malam hingga 12 tengah hari, 15 Januari depan.

Undian boleh dibuat di www.meletop.com.my, www.era.fm atau melalui aplikasi terbaru Astro Radio, Raku yang boleh dimuat naik secara percuma di App Store dan Google Play Store. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli