Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kenaikan Tambang KLIA Express Adalah Bercanggah Dengan Akta Kawalan Harga


KUALA LUMPUR:Berikutan kenaikan harga tambang KLIA Express yang dilihat mendadak daripada RM35 kepada RM55 mulai 1 Januari 2016, Ahli Parlimen (DAP-Tanjong) Ng Wei Aik hari ini mempertikaikan kenaikan tersebut dimana menurutnya kenaikan berkenaan adalah bercanggah dengan Akta  Kawalan Harga dan AntiPencatutan 2011 (Akta 723).

Menurut Wei Aik, walaupun kenaikan tersebut mendapat 'restu' daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menurut Seksyen 120 Akta Pengangkutan Awa‎m Darat 2010, akan tetapi kenaikan itu sememangnya satu kesalahan mencatut di bawah Seksyen 14, Akta 723.

"Menurut Seksyen 14, Akta 723 jika sesuatu premis membuat keuntungan tinggi yang tidak munasabah dan boleh dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 18 bagi akta yang sama.

"Sebarang kebenaran yang diberikan walaupun oleh Kerajaan Persekutuan melalui SPAD tidak haruslah bercanggah dengan mana undang-undang ‎yang telah dan sedang berkuatkuasa," katanya di lobi Parlimen hari ini kepada Sinar Harian.

Katanya lagi, pengendali yang bertanggunjawab mengurus perkhidmatan KLIA Express iaitu syarikat Express Rail Link (ERL) Sdn. Bhd telah dianugerahkan konsesi 30 tahun pada tahun 1997 bagi membina dan mengendalikan keretapi berkelajuan tinggi antara Kuala Lumpur dan KLIA.

"Namun demikian kos pembinaan lanjutan KLIA yang bernilai RM100 juta tidak ditanggung oleh ERL Sdn Bhd tetapi dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.

"Ini bermakna KLIA Express menikmati keuntungan dari segi kewangan berikutan peningkatan dalam bilangan penumpang tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal tambahan," katanya.

Kenaikan harga tambang KLIA Express itu melibatkan kenaikkan sebanyak 57 peratus. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli