Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Juru Dagang Warga Malaysia Maut Dalam Kejadian Letupan Di Sebuah Kilang Di Abu Dhabi




Seorang juru dandang warga Malaysia yang bekerja dengan sebuah kilang plastik di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu maut dalam satu kejadian dandang meletup, semalam.

Ketika kejadian, mangsa Mohd Shukri Sulaiman, 45 yang berasal dari Besut sedang memeriksa kawasan kilang apabila tiba-tiba sebuah dandang meletup.

Ahli keluarga Mohd Shukri dimaklumkan pada jam 2 pagi semalam, oleh seorang rakannya, Ahmad Shukkri Md Nor yang juga rakan setugasnya di sana.

“Ahmad Syukkri memaklumkan yang beliau telah mendengar letupan kuat pada pagi berkenaan (Sabtu) dan telah pergi ke tempat kejadian sebelum menemui mangsa terbakar hampir keseluruhan badan berdekatan dengan dandang (boiler) di situ," demikian menurut adik mangsa, Faizol.

Mohd Shukri meninggalkan seorang isteri dan empat anak yang menetap di Kuantan. -Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli