Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jumpa Ketulan Emas Bernilai RM 15.8 Juta

No Comment

Australia – Ketulan emas seberat 10.7 kilogram ditemui semula selepas emas yang bernilai AS$3.7 juta (RM15.8 juta) itu tersimpan di dalam sebuah kotak wiket; kota yang digunakan untuk menyimpan permainan kriket; selama bertahun-tahun.

Ketua Menteri New South Wales, Mike Baird menjelaskan bagaimana emas sebesar buku roti yang diamanahkan kepada Perbendaharaan New South Wales itu boleh tersimpan di situ.

Seseorang secara teliti menyimpan emas itu dalam sebuah kotak. Masalahnya, mereka lupa untuk memberitahu sesiapa dan kotak itu menjadi peralatan untuk menyimpan alatan sukan kriket amatur,” jelas Baird.


Emas yang digali di bandar Maitland pada 1887 itu ditemui oleh seorang kakitangan jabatan berkenaan yang mengambil keputusan untuk membuka kotak tersebut.

Ketulan emas itu dipinjamkan kepada Muzium Australia di Sydney pada Selasa lalu selama empat hari untuk tujuan pameran.

Ketulan emas terbabit pada asalnya dibeli oleh Jabatan Perlombongan New South Wales pada 1887 dan disimpan untuk memperingati kemuncak kegemilangna perlombongan emas pada abad ke-19. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli