Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jangan Jual Barang Tak Ori, Jangan Gaji Pekerja Asing - Amaran Ismail Sabri kepada Peniaga Low Yat 2


KUALA LUMPUR, 11 Dis - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memberi amaran kepada peniaga-peniaga di Low Yat 2 atau nama rasminya, Mara Digital supaya tidak menjual barangan tiruan serta menggaji pekerja asing.

Ingkar kepada arahan itu, peniaga mungkin berdepan dengan tindakan undang-undang berdasarkan akta yang telah ditetapkan.

"Saya sudah ingatkan jangan menjual barang tiruan kerana risikonya akan berdepan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

"Barang murah tapi perlu original," katanya kepada pemberita memetik laporan dari Sinar Harian.

Mara Digital telah dibuka kepada orang ramai bermula Selasa lalu.

Mengulas tentang nama "Low Yat 2" yang dikaitkan dengan Mara Digital, Ismail Sabri berkata pihaknya tidak menghalang jikalau masih ada yang mahu memanggilnya dengan nama Low Yat.

"Nama sudah diumum dan logo juga sudah ada. Dan kita harap boleh dikenali Mara Digital. Kita merancang untuk tubuh diseluruh negara dengan nama Mara Digital.

"Tetapi kalau da mahu panggil nama sebelum ini (Low Yat 2) saya tidak boleh halang.", kata beliau. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli