Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Isteri Berang Belasah Suami Kentut Ketika Tidur

No Comment


Amerika Syarikat: Seorang wanita ditahan oleh polis apabila dia membuat kesalahan membelasah suaminya kerana suaminya itu sering terkentut ketika tidur.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, suspek, Dawn Meikle, 55, berang dengan suaminya, Donald, yang tiba-tiba kentut.

Dawn yang marah terus menyiku dan menendang suaminya itu menyebabkan si suami terus bangun dari katil. Dawn kemudian memberi amaran kepada Donald.

Setelah itu, Donald kembali tidur di tempat tidurnya dan melepaskan beberapa das kentut menyebabkan Dawn naik berang dan terus menyiku serta menendang suaminya itu beberapa kali.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila Donald melawan dan memegang isterinya supaya wanita itu berhenti memukulnya.

Namun, keadaan menjadi parah apabila Dawn menyembur muka suaminya itu dengan penyembur lada dan terus-menerus memukul suaminya.

Kerana tidak tahan dibelasah, Donald menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan.

Dawn ditahan oleh polis di kediamannya manakala Donald dibawa ke hospital untuk rawatan.

Dawn dibebaskan dengan jaminan polis dan bakal di dakwa atas tuduhan menyerang dan berkelakuan ganas. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli