Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Hanya Allah Tahu Kenapa Mereka Buat Begitu" - Putin


Moscow, 3 Dis - Presiden Rusia, Vladimir Putin hari ini menyelar sebahagian dari kepimpinan Turki semasa ucapan tahunannya kepada Parlimen, dengan mendakwa Ankara mempunyai hubungan perdagangan dengan kumpulan pengganas di Syria dan Iraq.

Putin juga berkata dia berjanji akan membuat lebih banyak sekatan kepada Turki berikutan kes tembak jatuh sebuah pesawat perang Rusia baru-baru ini.

Selain itu Putin juga turut berkata Moscow telah cuba berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan Ankara beberapa tahun kebelakangan ini, namun tidak faham dengan tindakan Turki menembak jatuh pesawat tersebut

"Kita telah bersedia untuk bekerjasama dengan Turki dalam kebanyakan isu sensitif dan pergi lebih dalam lagi berbanding dengan sekutu mereka. Hanya Allah tahu kenapa mereka berbuat begitu. Jelas, Allah telah menghukum sekelompok pemimpin di Turkey dengan membuang kewarasan mereka", kata Putin.

Putin menegaskan bahawa kemarahan Moscow terhadap insiden tersebut ditujukan kepada beberapa individu dan bukannya penduduk Turki.

"Kita mempunyai ramai rakan di Turki", katanya. "Mereka perlu tahu bahawa kita tidak menyamakan mereka dengan sekelompok pemimpin Turki sekarang, yang bertanggungjawab keatas kematian tentera kita di Syria", kata beliau.

"Dan ternyata Allah memutuskan untuk menghukum kelompok pemerintah di Turki itu dengan melemahkan ejen risikan dan rasional mereka", kata beliau lagi.

Menurut Putin juga, Rusia tidak akan melupakan apa yang telah berlaku dan menyifatkan perkara itu sebagai satu pengkhianatan.

"Kita tidak akan berhenti dari memperingatkan mereka apa yang telah mereka lakukan dan mereka tidak akan berhenti dari menyesal dengan tindakan mereka sendiri", kata Putin. - Siakapkeli.my

Sumber : afp
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli