Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Halang Laluan VVIP : Mereka Yang Ingkar Boleh Dikenakan Tindakan - KPN


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak yang ingkar terhadap arahan polis pengiring, termasuk enggan memberi laluan kepada VVIP, boleh dikenakan undang-undang.

Katanya, mereka yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan kerana menghalang tugas penjawat awam selain berdepan hukuman mengikut Akta Polis 1967.

"Ada perbincangan (pihak tertentu) yang mengajak orang ramai supaya tidak mengikut arahan polis semasa iring orang kenamaan.

"Saya nasihatkan pengguna jalan raya supaya patuhi arahan polis yang bertugas, ada sebab kenapa mereka iringi VVIP itu...yang utama adalah sebab keselamatan," katanya sebagaimana memetik laporan Bernama.

Beliau berkata sedemikian ketika mengulas tentang posting Facebook viral mengenai polis pengiring yang tidak diberi laluan oleh pengguna jalan raya semasa mengiringi seorang VVIP baru-baru ini.

Khalid juga turut meminta beberapa portal berita yang memainkan isu berkenaan supaya berhenti berbuat demikian.

"Saya minta anda hentikan perkara ini...tiada baiknya, anda mengajak rakyat supaya ingkar undang-undang," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli