Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Hal Kematian Bukan Perkara Main-Main, Ayah Saya Masih Sihat" - Anak Jins Shamsudin


Berikutkan tersebar sejak semalam berita yang mengatakan pelakon veteran Tan Sri Jins Samsudin, hari ini anak bongsu pelakong berkenaan, Putera Hang Nadim, 24, menafikan berita palsu tersebut dan menyatakan rasa kesal dengan berita kematian bapanya yang tersebar di alam maya.

Memetik laporan Berita Harian, Nadim menyatakan dia dan keluarga begitu terkejut dengan berita palsu tersebut mengenai bapanya itu.

"Bapa saya masih sihat, Alhamdulillah. Lepas satu demi satu berita palsu sebegini bertebaran dan menjadi viral. Tak silap saya sudah kali ketiga berita palsu kematian bapa saya tersebar. 

"Apa motif mereka buat sebegitu pun saya tak tahu? Tak tahu apa yang mereka nak dan dapat dengan menyebarkan cerita palsu. 

Hal kematian bukan perkara mainan. janganlah sewenang wenangnya menyebar cerita tak betul," katanya.

Menurut Nadim lagi, dia bersama Tan Sri dan ibunya baru sahaja pulang bercuti dari Korea dua minggu lalu.

"Petang semalam kami baru sampai ke Subang selepas balik kampung dari Pahang," katanya. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli