Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Habiskan Stok Jualan Vape Dalam Masa Sebulan, Jika Ingkar Akan Di Denda Atau Dirampas



MUAR: Pihak Majlis Perbandaran Muar (MPM) telah mengeluarkan notis di mana memberi tempoh sebulan kepada peniaga vape di daerah itu supaya menghabiskan stok jualan vape mereka sebelum tempoh pengharaman jualan bermula 1 Januari tahun depan.

Yang Dipertuanya, Jamaludin A. Hamid berkata, dengan pengeluaran notis berkenaan adalahs ebagai amaran kepada peniaga vape yang ingkar akan didenda serta lesen perniagaan boleh ditarik.

“Denda sehingga RM2,000 boleh dikenakan selain barang-barang mereka boleh dirampas. Sehingga tempoh itu mereka perlu menjual stok sedia ada atau mencari alternatif untuk menghabiskan stok.

“Larangan penjualan vape nanti akan dikuatkuasakan melalui Undang-undang Kecil Tred Perniagaan, Industri dan Profesion di bawah MPM,” katanya yang dipetik daripada Bernama.

Isnin lalu, kerajaan Negeri Johor dilaporkan akan mengeluarkan pekeliling baru untuk mengharamkan vape di negeri berkenaan menerusi undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam masa terdekat.

Langkah ini diambil adalah kerana menjunjung titah baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Ahad lepas yang mengharamkan vape di negeri selatan tanah air tersebut.

"Selepas penguatkuasaan dilakukan, MPM akan bekerjasama dengan bahagian farmasi dan jabatan kesihatan daerah untuk menyerbu dan merampas produk vape mengikut Akta Racun 1952."

"Ketika ini mereka yang menjual produk vape di daerah ini menggunakan lesen barangan serbaneka dan berharap semua peniaga vape mematuhi peraturan baharu itu," kata Jamaludin lagi.

MPM boleh mendapatkan perintah mahkamah untuk menutup premis jika pengusaha masih ingkar mengikut arahan itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli