Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Guru Belasah 16 Anak Murid Gara-Gara Tak Puas Tidur Tengahhari



GUANGZHOU – CHINA. Seorang guru bertindak gila apabila memukul 16 muridnya dek kerana mengganggu tidurnya pada waktu tengah hari di sebuah sekolah rendah di Selatan China.

Ibu bapa mula berkumpul di luar sekolah rendah itu pada keesokan harinya untuk menuntut penjelasan dan alasan kenapa guru itu memukul anak mereka.

Gambar-gambar lebam akibat kejadian dimuat naik oleh ibu bapa kanak-kanak itu bagi menunjukkan bukti anak mereka dipukul.

Salah seorang mangsa yang dikenali dengan nama Ke berkata, kejadian terjadi selepas makan tengah hari apabila mereka tidak dapat tidur lalu berborak sebelum secara tiba-tiba guru itu masuk dan memukul mereka.

Laporan menyebut, guru itu yang dikenali sebagai Yan mengajar subjek teknologi maklumat di sekolah tersebut, mengaku memukul anak muridnya kerana tidurnya terganggu kerana suara bising mereka.

Selain itu, guru tersebut juga dikatakan sudah memohon maaf atas kejadian tersebut menerusi mesej telefon.

Di China, tidur tengahhari menjadi budaya sebelum memulakan aktiviti termasuklah di sekolah dan tempat kerja. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli