Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

GST Akan Ditolak Dalam Tambah Nilai Dan Dipulangkan Semula Dalam Tempoh 24 Jam


Dalam Belanjawan 2016 yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini, pihak kerajaan dikatakan akan mengembalikan semula rebat GST yang dibayar pengguna sebelum ini dan pada masa yang sama tambah nilai untuk prabayar akan dijual pada harga asal tanpa penambahan 6% seperti sekarang.

Memetik laporan Amanz, bermula 1 Januari 2016 nanti, tambah nilai akan dijual pada harga normal seperti sebelum April lalu iaitu beli RM10 dapat RM10.

Bagaimanpun, apabila menambah nilai, kadar 6% turut akan ditolak tetapi ia akan dikembalikan semula dalam tempoh 24 jam.

Sebagai contoh, sekiranya pengguna membuat tambah-nilai sebanyak RM10, anda hanya akan menerima RM9.43 ketika proses tambah-nilai berkenaan, dan baki RM0.57 dalam tempoh kurang 24 jam.

Mekanisma baru ini dikatakan akan aktif selama satahun sehingga 31 Disember 2016 kelak, dan lanjutan untuk rebat prabayar ini akan diketahui bergantung kepada pengumuman pihak kerajaan pada Belanjawan 2017 kelak.

SKMM juga menyatakan bahawa rebat GST akan hanya direbatkan semula kepada pengguna prabayar sahaja kerana ini adalah salah satu usaha kerajaan dibawah Rancangan Malaysia Kesebelas dalam membantu golongan B40 yang mempunyai pendapatan purata bawah RM2,537. - Siakapkeli.my

Rujukan: SKMM
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli