Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dua Beradik Jual Kuih Serendah 20 Sen Untuk Bantu Orang Susah




Walaupun di kawasan kos tinggi, ia tidak menghalang pasangan dua beradik ini menjual kuih-muih Melayu dengan harga serendah 20 sen.

Iman Sufiah Muhammad Taufik, 10 dan Ayeisha Muhammad Taufik, 8 yang berniaga dekat Pasar Besar, Taman Tun Dr Ismail berkata perniagaan yang mereka lakukan ini bukan bertujuan untuk keuntungan semata-mata.

"Saya fikir ini adalah peluang terbaik untuk kami membantu mereka yang kurang bernasib baik. Semua wang yang diperolehi hasil penjualan ini akan didermakan kepada rumah anak yatim," kata Iman Sufiah.



Idea untuk menjual kuih-muih pada harga serendah 20 sen itu tercetus selepas bapa mereka bercerita bagaimana pada zaman dahulu kesemua makanan tersebut dijual pada harga berkenaan.

Antara yang dijual adalah mee goreng, sandwic dan cekodok pisang.

Berbeza pada hari ini, sebungkus nasi lemak boleh mencecah sehingga lebih RM3.

Kesemua makanan tersebut disediakan oleh ibu mereka, Nur Huda Samsudin yang akan memerhatikan Iman Sufiah dan Ayeisha yang menjalankan perniagaan itu.

Sebelum ini aktiviti perniagaan mereka pernah menjadi viral di laman sosial, dan ini bukanlah yang pertama kali dilakukan memandangkan kedua-dua beradik ini pernah membuat jualan amal alat mainan, pakaian dan kasut untuk diberikan kepada mangsa perang di Palestin dan mangsa-mangsa banjir di Kelantan dan Pahang.

Meskipun sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi, dua kanak-kanak ini masih berharap peluang yang sama untuk membuat projek amal dmei membantu golongan kurang bernasib baik. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli