Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dipenjara Kerana Miliki Kapak Tanpa Kebenaran

Mohd Bakri kanan.


Kota Bharu, 22 Dis: Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun atas tuduhan memiliki kapak tanpa kebenaran di Mahkamah Sesyen hari ini.

Peniaga terbabit, Mohd Bakri Mohd Adnan, 43, dijatuhi hukuman terbabit selepas mengaku bersalah dihadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus.

Hukuman penjara tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap pada 25 November 2014.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki kapak berukuran 44 sentimeter di dalam kereta kancil tanpa kebenaran yang sah di Jalan Bukit Gedombak, Pasir Puteh pada 5.45 petang pada 25 November 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata 1958.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjaram minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun atau sebat jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, NurLiyana Md. Zukri manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli