Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dijemput Ajal Ditempat Sama Dengan Mendiang Suami

No Comment


Segamat, 30 Dis: Seorang warga emas maut ditempat yang sama mendiang suaminya meninggal selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah kereta di Kilometer 50, Jalan Muar-Segamat dekat Jementah di sini kelmarin.

Suami mangsa, maut di lokasi yang sama kira-kira empat tahun yang lalu.

Mangsa, Gan Ah Kau, 65, maut ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Pelangi, Jementah selepas dia selesai menoren di kebun getah yang terletak lima kilometer dari lokasi kemalangan.

Malah, mangsa menggunakan motosikal Honda EX5 yang sama ditunggang oleh mendiang suaminya ketika kemalangan empat tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi, motosikal terbabit dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta Proton Wira yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 40-an.

Disebabkan rempuhan itu, mangsa tercampak ke atas bonet kereta tersebut sebelum jatuh di atas jalan 30 meter.

Akibat rempuhan itu, mangsa cedera di kepala dan badannya menyebabkan dia meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli