Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dia Seolah-olah Cabar Saya Bertanding Presiden AS - Luahan Will Smith Dengan Kempen Provokasi Donald Trump




NEW YORK: Berang dengan kempen provokatif Donald Trump, selebriti terkenal Will Smith seolah-olah mahu bersaing dengan hartawan itu dan mahu bertanding jawatan Presiden Amerika Syarikat.

“Jika mereka … terus bercakap perkara gila-gila seperti kita baca dalam berita, akhir-akhir ini, mengenai tembok dan orang Islam, nampaknya mereka memaksa saya terjun ke dunia politik,” kata pelakon itu, 47, dalam satu wawancara dengan stesen CBS.

“Maksud saya, saya harus menjadi presiden (Amerika Syarikat). Awak tahulah, betul...

“Awak tahulah, jawatan apa lagi yang akan bertanding?” katanya sebagaimana memetik US Weekly baru-baru ini.

Trump terus menyemarakkan provokasi di dalam kempennya untuk bertanding jawatan nombor satu Amerika Syarikat itu apabila mencadangkan larangan kemasukan umat Islam ke negara itu.

Selain Smith, turut mengecam idea jelik Trump adalah Jennifer Lawrence, Lady Gaga dan JK Rowling.

Ini bukan kali pertama Smith yang popular dengan filem Men In Black menyatakan keinginannya untuk terjun ke dunia politik.

“Jadi, saya fikir, pada saat ini, saya ingin meningkatkan upaya untuk menjadi berguna kepada dunia ini.

“Dan, anda tahu, apabila saya melihat suasana politik [Amerika Syarikat], saya fikir ada masa depan untuk saya dalam bidang ini.

“Mereka mungkin perlukan saya untuk terlibat. Tahun ini saya benar-benar berang sampaikan saya tidak boleh tidur, anda tahu?” katanya. -Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli