Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

DBKL Nafi Jalan Raja Laut Dinaiki Air Kumbahan Seperti Yang Diviralkan


Pihak Majlis Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) Hari ini menafikan baberapa keping gambar kononnya paip kumbahan di Jalan Raja Laut di sini, pecah seperti yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook sejak pagi tadi

Menurut DBKL, air berwarna kuning seperti di dalam gambar yang diviralkan tersebut sebenarnya telah diubahsuai dengan menukar warnanya.


Menurut jurucakap DBKL yang merangkap Pengarah Eksekutif Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan DBKL Datuk Tan Keng Chok berkata maklumat palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu, mengelirukan orang ramai.

"Hasil tinjauan pegawai kami di sekitar Jalan Raja Laut dan kawasan berhampiran selepas menerima maklumat berkenaan, mendapati tidak berlaku kejadian paip kumbahan pecah," katanya dipetik laporan Bernama.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan gambar yang disebarkan tersebut adalah gambar insiden paip Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang bocor di Jalan Raja Laut pada 22 Dis lepas yang telah pun dibaik pulih.

Oleh yang demikian, beliau menggesa orang ramai menghentikan penyebaran maklumat palsu itu. - Siakapkeli.my

Berhati-hati melalui Jalan Raja Laut di hadapan Bangunan MARA pada pagi ini. Paip pecah dari bangunan bersebelahan MARA. Sila guna jalan alternatif bagi mengelak kesesakan.Sumber : Akmal Hafiz

Posted by MAJLIS AMANAH RAKYAT on Monday, December 21, 2015
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli