Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bukan Bom Penyebab Kebakaran - Polis



PETALING JAYA, 21 Dis: Pihak polis menafikan khabar angin yang mendakwa kebakaran yang menyebabkan enam kereta terbakar di  berdekatan stesen LRT Taman Jaya di sini berpunca dari sebuah bom.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che din, kejadian sebenarnya berpunca dari perbuatan khianat.

"Tiada bom. Kami sedang menyiasat kes ini," katanya memetik laporan mStar Online.

Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di laman Twitternya.

"Terdapat seseorang yang membakar kereta di tempat letak kereta di LRT Taman Jaya, Pj. Tiada letupan bom. @PDRM sedang menyiasat kes khianat ini," tulisnya.

Khabar angin berkenaan mula viral selepas ia disebar di aplikasi WhatsApp sejurus selepas kejadian berlaku kira-kira 1 petang.

Sementara itu, Komander Operasi Pasukan Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala, Narmizi Hamzah mengesahkan enam buah kereta terbakar dalam kejadian tersebut.

Keenam-enam kenderaan itu adalah Toyota Vios dan Proton Wira yang terbakar sepenuhnya, Suzuki Swift yang terbakar 80%, Proton BLM yang terbakar (70%), Proton Gen2 dan sebuah lagi kereta jenis Honda yang terbakar 20%.

Kebakaran tersebut bermula dari kereta Proton Wira tersebut sebelum ianya merebak ke kenderaan lain yang berada bersebelahan.

Pihak bomba mengambil masa selama setengah jam untuk memadamkan kebakaran.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan berikutan insiden. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli