Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Buaian Gergasi Tumbang Di PD, Dua Lelaki Tercampak Dan Seorang Wanita Tersepit


Port Dickson: Tragedi tengah malam apabila sebuah buaian besar di pesta ria di PD Waterfront tumbang menyebabkan dua lelaki tercampak dan seorang wanita tersepit  kira-kira 12 tengah malam tadi.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa wanita, Hawa Liana Kamar Bashah, 21, parah, manakala mangsa lelaki, Abd Rahman Mohamad, 35, dan Nor Aminur Rashid Nor Hisham, 17 cedera.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Pegawai Bomba Kanan II Sulong Addin berkata, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 12.06 tengah malam sebelum sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota ke lokasi kejadian.


Semasa operasi menyelamat, mereka berjaya menyelamatkan seorang wanita yang tersepit pada kerusi buaian manakala dua lelaki tercampak ke bawah buaian dan anggota bomba menggunakan tangga untuk memotong rantai buaian setinggi kira-kira tiga meter dan menurunkan kerusi buaian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk dirawat dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam perkembangan terbaru, pihak Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menggantung permit penganjuran pesta ria di PD Waterfront, berkuat kuasa serta merta berikutan kejadian tersebut. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli