Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Beta Terkejut dan Kurang Senang Apabila Terlihat Wanita Bertudung & Kanak-Kanak Hembus Asap Vape - Sultan Johor

foto : FMT

Johor - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah bahawa baginda merasa terkejut dan kurang senang apabila melihat wanita bertudung & kanak-kanak menghembus asap vape.

Baginda bertitah sedemikian ketika satu temubual ekslusif oleh The Star selama sejam bagi penutup tirai tahu ini.

Selain itu, baginda juga turut bertitah bahawa baginda menyedari ini adalah permulaan kepada ancaman selain menyifatkan vape adalah teknologi dadah yang berbahaya.

Soalan : Mengenai masalah kesihatan, Tuanku telah mengarahkan pengharaman penjualan produk vape di seluruh negeri ini. Apa yang membuatkan Tuanku begitu tegas?

Jawapan: Beta membuat kajian dan ini bukan adat kita. Begitu juga shisha. Beta terkejut dan berasa kuran senang apabila terlihat wanita bertudung dan juga kanak-kanak menghembuskan asap vape.

Beta menyedari ini adalah permulaan kepada ancaman dan perlu campur tangan secepat mungkin. Bagi beta, ini adalah teknologi dadah yang berbahaya. Tidak seperti dadah, ia sukar dikesan.

Beta bosan dengan pelbagai pihak berkuasa di peringkat negeri dan kerajaan persekutuan yang masih tidak boleh membuat keputusan mengenai isu ini. Mereka mengheret isu ini dan beberapa ahli politik membuat kenyataan tidak masuk akal bahawa vape tidak harus diharamkan kerana jutaan undi akan hilang dan kepentingan bumiputera akan terjejas.

Beta fikir apa yang baik dan beta tegas bahawa semua ini perlu dihentikan pada 1 Januari tahun depan.

Buat masa ini, semua yang menentangnya demi perniagaan mereka. Adakah anda ambil berat tentang kesihatan orang ramai?

Terdapat juga mereka yang menentang termasuk 'seorang pelawak' yang mengheretkan diri ke dalam isu ini untuk memberikan komen mereka.

(Aktivis Abdul Rani Kulup Abdullah atau Kipidap yang terkenal dengan penampilannya memakai beret merah, menjadi tajuk utama berita kerana membuat lebih 1,000 laporan polis terhadap ahli politik pembangkang dan pemimpin NGO).

Baru-baru ini beliau menyertai badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dengan mengatakan Barisan Nasional bakal kehilangan satu juta undi pada pilihan raya umum akan datang jika pihak berkuasa terus mengenakan tindakan terhadap peniaga rokok elektronik atau vape.

Ia adalah semata-mata isu kesihatan dan beberapa ahli politik tidak wajar bercakap mengenai politik dan bangsa, ia adalah luar biasa.

Media termasuk The Star, menyiarkan bagaimana kanak-kanak sekolah rendah membelanjakan wang saku mereka untuk produk vape.

Apa yang beta takutkan sudah terjadi. Polis kini menahan beberapa individu yang menjual cecair vape berperisa ganja.

Lebih membimbangkan sindiket ini beroperasi sejak Ogos lalu dan menjualnya menggunakan Internet dan menghantar produk mereka melalui kurier.

Ini merupakan perniagaan haram. Apa kesannya jika Johor membenarkan penjualan produk itu di pusat membeli-belah, rumah kedai dan pasar malam?

Beta boleh tunjukkan banyak e-mel dan surat yang diterima dari seluruh rakyat Malaysia terutamanya ibu bapa yang menyatakan sokongan terhadap negeri ini yang mengharamkan produk tersebut.

Kini beberapa negeri lain turut mengikuti langkah ini dan Majlis Fatwa Kebangsaan mengisytiharkan vape sebagai haram.

Bagi beta, pendidikan dan kesihatan tidak patut dipolitikkan.

Selain dari itu, wawancara berkenaan turut membincangkan beberapa perkara termasuklah kenyataan dari TMJ, peranan raja-raja dan juga kemangkatan Almarhum Tunku Laksamana Tunku Abdul Jalil.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli