Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Berisiko Untuk Meletup, Pihak Berkuasa Rampas Hampir 90% Hoverboard Di Britain


LONDON: Pihak berkuasa Britain dilaporkan telah merampas hampir 90 peratus hoverboard yang diimport ke negara berkenaan sejak bulan Oktober lalu dengan alsam ciptaan tersebut berisiko tinggi untuk meletup.

Memetik laporan CNN Money, lebih 15,000 hoverboard telah dirampas di seluruh negara kerana dilengkapi plug yang tidak mematuhi piawaian.

"Soket pada hoverboard (yang diimport) mempunyai risiko tinggi untuk menjadi terlalu panas (overheat), meletup atau disambar api," kata kenyataan dari U.K. National Trading Standards.

Ini kerana kebanyakkan hoverboard yang dirampas adalah produk yang dibeli diatas talian dan untuk dijual semula kerana produk berkenaan tidak mempunyai fius pada soketnya yang bakal menimbulkan keadaan merbahaya dalam keadaan bateri sudah penuh selepas ditinggalkan untuk dicas.

"Orang ramai jangan terpengaruh dengan trend terbaru ini dan mengabaikan keselamatan," kata kenyataan tersebut lagi.

Selain hoverboard dari luar, pihak berkuasa juga telah mengarahkan pengeluar hoverboard tempatan keluaran Halfords memanggil semula psemua produk keluaran mereka pada November lepas kerana tidak mematuhi piawaian Britain.

Pengilang, Costco Wholesale UK pula menghantar soket baru kepada para pembeli produk hoverboard 'Air Runner' kerana bimbang risiko renjatan elektrik.

Tindakan merampas hoverboard berkenaan dilakukan berikutan sebuah keluarga telah kerugian kira-kira 25,000 pound (RM165,385.50) selepas sebuah hoverboard meletup di kediaman mereka.

Oktober lalu, pihak berkuasa London mengeluarkan larangan penggunaan hoverboard di jalan raya dan kawasan pejalan kaki awam.

Hoverboard cuma boleh digunakan di kawasan perumahan atau penempatan milik peribadi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli